...

Sabtu, 20 September 2014

Takdir Allah


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." Al-Baqarah: 155-156



ASSALAMUALAIKUM,....






setiap manusia pasti akan diuji.Ya kita akan diuji, tapi bagaimana cara kita menghadapi setiap ujian. Adakalanya kita diuji dengan kesenangan, kesusahan, kesakitan, kematian dan bermacam-macam jenis ujian yang mendatang.






Hati mana yang tidak sedih, ketika orang yang dicintai pergi,


Hati mana yang tidak sedih, tatkala musibah datang silih berganti,


Lalu engkau pun bersedih dan menangis,.....



Ketika kamu berasa sedih pejamkanlah matamu dan katakan dalam hatimu bahawa inilah perjalanan hidupku.

Allah SWT yang telah meletakkan aku disini.

Semua ini adalah perancangan Allah.

Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya diatas setiap ketetapan-NYA.

Dan aku terima setiap qada dan qadar diriku.

Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah-NYA.

Terima Kasih ya Allah kerana mengasihaniku.

Selepas itu bukalah mata dan senyumlah.












Ingatlah wahai sahabat, Allah tidak pernah berjanji yang hidup kita ini suatu yang mudah sebab dunia itu Darul Imtihan(alam ujian). Dari sekecil-kecil benda, sampailah sebesar-besar perkara semua itu ujian Allah. Tapi dalam semua ujian-ujian itu, Allah minta kita sabar dan terus mengingatiNya.


Allah berjanji, walau apa pun yang terjadi, Allah tetap akan sentiasa berada disisi kita.




Takdir Allah tidak dapat diramal. Apa yang disangka itu tewas, maka Allah pula menentukan sebaliknya. Ada orang yang mahukan sesuatu menjadi begini dan begitu, namun

takdir Allah menentukan sebaliknya. Itulah takdir yang tidak mampu difikirkan oleh manusia.



Bagi mereka beriman dengan takdir Allah, hati mereka tenang dan tidak gundah gulana. Bahkan, kerana yakin musibah yang berlaku adalah takdir Allah, maka dia yakin bahawa perkara berkenaan pasti terjadi dan tidak mungkin dapat lari daripadanya




Jadilah mukmim yang kuat yakni mempunyai hati yang cekal dalam menghadapi ujian yang mendatang. Walaupun di hadapannya musibah yang cukup besar, namun dia tidak mudah tenggelam punca. Jiwanya tenang bukan sahaja dalam menghadapi, bahkan dapat melakukan gerak kerja yang baik dalam menyelesaikannya



Jadilah mukmim yang kuat dalam menerima hakikat dan takdir Allah. Semakin kuat kita menerima segala kententuan-NYA, semakin tenang hati dan jiwa kita. Bahkan, sekirannya kita dapat melihat daripada pandangan seorang hamba, setiap takdir yang ditentukan kepada kita, akan kelihatan sebagai anugerah daripada-NYA.Wallahua'lam,....


























   
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan