...

Khamis, 9 Jun 2016

#AKU PENCINTA

#AKU PENCINTA

Cinta. Apa benda tu? Saya pun tak tahu nak terangkan tapi yang saya tahu semua makhluk yang hidup, mempunyai perasaan ada benda yang dinamakan cinta ini termasuklah awak dan saya. Allah yang wujudkan perasaan cinta. Yes, cinta itu fitrah manusia. Dan fitrah haruslah diurus agar ia tidak menjadi fitnah. Apa itu cinta? Cinta itu adalah apa-apa yang memberi kita pahala dan membawa kita ke syurga. Kalau awak rasa cinta awak itu bergerak kearah dosa, memimpin ke dalam neraka itu bukan cinta.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
                                                                                                                  Surah Ar Rum : 21
Baikkan Allah. Allah dah sediakan dah pasangan kita. Kakak-kakak yang dah masuk 3rd series tu janganlah risau. Allah dah janji. Kalau mungkin tidak didunia mungkin di akhirat. Tapi apa-apa pun jangan putus asa minta doa dengan Allah agar diberikan pasangan yang baik. “Eh tadi cakap Allah dah sediakan jodoh, kenapa dapat jodoh yang jahat, kaki pukul, kaki maksiat?”
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." 
Surah An-Nur:26

Tidak perlulah saya hurai panjang perkara cukup ayat Allah ini. Semoga kita mendapat kefahaman.
Haiwan pun ada perasaan sayang. Cuba kita bagi kucing makan chicken chop ke, fish chip ke, bagi hari-hari. Kucing itu automatic jadi manja dengan kita bergesel-gesel dekat badan kita sebagai tanda yang dia sayang kita. Cuba kita sepak, pukul dia hari-hari nak tengok muka kita pun dia dah lari. Aduh.
Cantikkan aturan Allah.
Tapi bukan semua cerita cinta sama. Tak semua cinta ada gembira dan bahagia. Kalau nak yang tengok cerita happy baik layan tv3 pukul 7 ataupun awak bacalah novel. Walaupun ada sejuta novel cinta dalam dunia ini, saya dah boleh agak macam mana ending novel itu. Sebab apa? Sebab novel itu tulisan manusia. Manusia sentiasa mahukan keindahan dan kebahagian. Sedangkan takdir hidup kita ditulis oleh Allah yang maha awesome. Itulah kehidupan, kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kita sedih, kadang-kadang kita tersenyum seorang diri teringatkan masa lampau, kadang kita menangis memikirkan masa depan.
Siapa yang boleh jamin kalau kita bercinta kita akan bahagia? Sungguh. Takkan ada orang yang boleh menjamin yang setiap cinta akan dibalas. Tak best langsung kalau kita suka dekat orang itu tapi orang itu tak layan kita pun. Seriously sakit.
So apa yang kita perlu lakukan? Stoplah kejar cinta manusia. Buat apa nak kepada sesuatu yang memang kita tahu kita tak akan dapat. Kadang-kadang kita putus asa bukan sebab kita kecewa tapi kita taknak buang masa. The solution is
“Cinta kita kepada Allah tidak akan pernah syok sendiri”
                   Aiman Banna
Awak tak penat asyik jaga hati orang?
 Tak penat ke asyik berangan fikir orang yang tidak halal buat kita?

Awak pernah tak rasa hati awak kosong? Tak tahu nak diisi dengan apa. Lepas itu awak bagi hati awak dekat seseorang yang awak tak kenal dengan harapan awak akan rasa hati awak penuh, happy. And then orang itu menkhianati awak, sakitkan hati awak. Tapi awak masih kejarkan dia. Hati dah hancur berkecai. Kemudian awak mengadu kepada Allah
 “Kenapa ya Allah!!!”
“Aku sakit ya Allah”
Adakah kita lupa? Hati yang Allah beri itu adalah untuk kita jaga. Hati kita kosong sebab ia rindu kepada penciptanya. Now can you understand? Can you tell me which one we need to love first? Nak jadi insan special dimata Allah? Cintalah kepada Allah. Nak tahu dimana kedudukan kita disisi Allah? Tanya dulu pada diri dimana Allah dalam hati kita. Allahu

So apa yang dapat saya simpulkan:
1. Cinta itu fitrah tetapi boleh menjadi fitnah.
2. Pasangan yang baik adalah untuk orang yang baik.
3. Takdir kita ditetapkan oleh Allah bukan manusia.
4. Cintakan Allah baru makhluk.

Semoga artikel ini akan membuka mata kita sesunguhnya tiada cinta yang abadi melainkan kepada Allah. 







Sabtu, 21 Mei 2016

AKU SEORANG PENDOSA...


Manusia. Dah kalau nama manusia memang takkan lari dari buat silap, buat DOSA. “So takpelah buat dosa sebab semua orang pernah buat dosa, nobody perfect” kalau itulah mindset kita selama ini mohonlah tukar, kenapa? Takut nanti awak dah tak takut buat dosa atas alasan “semua orang buat dosa”. Memanglah semua manusia melakukan dosa. Rujuk balik definisi dosa:

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri…”
Surah Ali-Imran: 35

Ayat diatas menerangkan ciri seorang pendosa iaitu orang yang melakukan perbuatan keji dan menganiaya diri sendiri. Jadi macammana nak jadi baik sedangkan kita setiap hari ada sahaja melakukan dosa? Sambung balik ayat tadi

“…mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka…”
Surah Ali-Imran: 35

Allah jelaskan bagaimana cara untuk transformasi daripada seorang pendosa kepada bukan pendosa. Nampak tak sungguh cantik Allah susun ayat Al-Quran. Allah tahu kita ini tiap-tiap hari buat dosa sebab itu Allah suruh:

1.Segera ingat Allah
2.Mohon ampun akan dosa

It what we called TAUBAT. Maksudnya setelah melakukan dosa segeralah bertaubat. Macammana nak bertaubat? Rukun Negara kita boleh hafal takkan rukun taubat kita tak boleh hafal ada 3 sahaja pun

1. Meninggalkan amalan maksiat
2. Menyesal diatas perbuatan maksiat
3. Berazam tidak akan melakukan perbuatan maksiat
                

Lepas kita taubat apa jadi?

“…Dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah”
Surah Ali-Imran: 35

Itulah penghujung ayat kepada ayat yang sebelumnya. Allah dengan awesomenye respon yang dia akan mengampunkan segala dosa-dosa kita yang belambak itu kalau kita BERTAUBAT. So janganlah menangguh taubat dengan alasan
“Belum sampai seru”
“kubur masing-masing”
“aku belum bersedia lagi”,
 Siapa yang boleh jamin kita hidup untuk 5 minit lagi? Takkan ada yang berani.

A simple conclusion:
Pendosa= pembuat dosa + ego tak nak taubat
Bukan pendosa= pembuat dosa + bertaubat

Allah TAK PERNAH PUTUS ASA untuk mengampunkan dosa kita jadi janganlah kita berputus asa untuk terus bertaubat. Ketahuilah orang yang paling bodoh adalah orang yang menggunakan alasan “Allah Maha Pengampun” untuk terus melakukan dosa tanpa rasa menyesal dan malas bertaubat. Sekali lagi saya ulang siapa boleh jamin awak hidup lagi esok.

Semoga Allah ampunkan dosa kita.