Manusia. Dah
kalau nama manusia memang takkan lari dari buat silap, buat DOSA. “So takpelah
buat dosa sebab semua orang pernah buat dosa, nobody perfect” kalau itulah
mindset kita selama ini mohonlah tukar, kenapa? Takut nanti awak dah tak takut
buat dosa atas alasan “semua orang buat dosa”. Memanglah semua manusia
melakukan dosa. Rujuk balik definisi dosa:
“Dan juga orang-orang yang apabila
melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri…”
Surah Ali-Imran: 35
Ayat diatas
menerangkan ciri seorang pendosa iaitu orang yang melakukan perbuatan keji dan menganiaya
diri sendiri. Jadi macammana nak jadi baik sedangkan kita setiap hari ada
sahaja melakukan dosa? Sambung balik ayat tadi
“…mereka segera ingat kepada Allah
lalu memohon ampun akan dosa mereka…”
Surah Ali-Imran: 35
Allah
jelaskan bagaimana cara untuk transformasi daripada seorang pendosa kepada
bukan pendosa. Nampak tak sungguh cantik Allah susun ayat Al-Quran. Allah tahu
kita ini tiap-tiap hari buat dosa sebab itu Allah suruh:
1.Segera ingat Allah
2.Mohon
ampun akan dosa
It what we called TAUBAT. Maksudnya setelah melakukan dosa segeralah bertaubat. Macammana nak bertaubat? Rukun Negara kita boleh hafal takkan rukun taubat kita tak boleh hafal ada 3 sahaja pun
1. Meninggalkan
amalan maksiat
2. Menyesal
diatas perbuatan maksiat
3. Berazam
tidak akan melakukan perbuatan maksiat
Lepas kita taubat apa jadi?
“…Dan sememangnya tidak ada yang
mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah”
Surah Ali-Imran: 35
Itulah penghujung
ayat kepada ayat yang sebelumnya. Allah dengan awesomenye respon yang dia akan
mengampunkan segala dosa-dosa kita yang belambak itu kalau kita BERTAUBAT. So
janganlah menangguh taubat dengan alasan
“Belum
sampai seru”
“kubur
masing-masing”
“aku belum
bersedia lagi”,
Siapa yang boleh jamin kita hidup untuk 5
minit lagi? Takkan ada yang berani.
A simple
conclusion:
Pendosa=
pembuat dosa + ego tak nak taubat
Bukan
pendosa= pembuat dosa + bertaubat
Allah TAK
PERNAH PUTUS ASA untuk mengampunkan dosa kita jadi janganlah kita berputus asa
untuk terus bertaubat. Ketahuilah orang yang paling bodoh adalah orang yang
menggunakan alasan “Allah Maha Pengampun” untuk terus melakukan dosa tanpa rasa
menyesal dan malas bertaubat. Sekali lagi saya ulang siapa boleh jamin awak
hidup lagi esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan