...

Sabtu, 21 Mei 2016

AKU SEORANG PENDOSA...


Manusia. Dah kalau nama manusia memang takkan lari dari buat silap, buat DOSA. “So takpelah buat dosa sebab semua orang pernah buat dosa, nobody perfect” kalau itulah mindset kita selama ini mohonlah tukar, kenapa? Takut nanti awak dah tak takut buat dosa atas alasan “semua orang buat dosa”. Memanglah semua manusia melakukan dosa. Rujuk balik definisi dosa:

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri…”
Surah Ali-Imran: 35

Ayat diatas menerangkan ciri seorang pendosa iaitu orang yang melakukan perbuatan keji dan menganiaya diri sendiri. Jadi macammana nak jadi baik sedangkan kita setiap hari ada sahaja melakukan dosa? Sambung balik ayat tadi

“…mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka…”
Surah Ali-Imran: 35

Allah jelaskan bagaimana cara untuk transformasi daripada seorang pendosa kepada bukan pendosa. Nampak tak sungguh cantik Allah susun ayat Al-Quran. Allah tahu kita ini tiap-tiap hari buat dosa sebab itu Allah suruh:

1.Segera ingat Allah
2.Mohon ampun akan dosa

It what we called TAUBAT. Maksudnya setelah melakukan dosa segeralah bertaubat. Macammana nak bertaubat? Rukun Negara kita boleh hafal takkan rukun taubat kita tak boleh hafal ada 3 sahaja pun

1. Meninggalkan amalan maksiat
2. Menyesal diatas perbuatan maksiat
3. Berazam tidak akan melakukan perbuatan maksiat
                

Lepas kita taubat apa jadi?

“…Dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah”
Surah Ali-Imran: 35

Itulah penghujung ayat kepada ayat yang sebelumnya. Allah dengan awesomenye respon yang dia akan mengampunkan segala dosa-dosa kita yang belambak itu kalau kita BERTAUBAT. So janganlah menangguh taubat dengan alasan
“Belum sampai seru”
“kubur masing-masing”
“aku belum bersedia lagi”,
 Siapa yang boleh jamin kita hidup untuk 5 minit lagi? Takkan ada yang berani.

A simple conclusion:
Pendosa= pembuat dosa + ego tak nak taubat
Bukan pendosa= pembuat dosa + bertaubat

Allah TAK PERNAH PUTUS ASA untuk mengampunkan dosa kita jadi janganlah kita berputus asa untuk terus bertaubat. Ketahuilah orang yang paling bodoh adalah orang yang menggunakan alasan “Allah Maha Pengampun” untuk terus melakukan dosa tanpa rasa menyesal dan malas bertaubat. Sekali lagi saya ulang siapa boleh jamin awak hidup lagi esok.

Semoga Allah ampunkan dosa kita.